almost a year, baru berKESEMPATAN nak update pasal kawen nikah etc. haih..basi da pon. Better late than never. Dulu tunang dpt notice 5 hari sebelum majlis..kawen plak sebulan setengah sebelum majlis. tercungap jugak nak buat preparation. Tambah pulak di perantauan macam aku nih. cuti weekend lari balik penang. tengok pelamin, tengok decoration bilik. memang takdak time langsung nak berangan ka, nak compare ka..memang tengok terus kena decide woh. Less than a month, itu ja yang mampu aku buat. kalau nk survey nak compare nak pilih, memang tak kawen la aku. sebulan setengah tu lah nak beli barang hantaran, tu la nk decide color baju, tu la cr goody bags, tu la nak cari photographer, tu la nk fitting, tu la nak kira bajet, tu la nk booking canopy, tu la nak cari tudung, tu la nk bli baju nikah, nk pi tempah lagi,. pening!. serius! angan-angan nak gubah bekas hantaran sendiri terkubur di tengah jalan. Last2 bawak majalah pengantin, pi kedai tunjuk design mana, bagi duet. tak dan dua hari, siap 9 bekas. memang aku pasrah ja macam mana pon bentuk dia. mujur bukan kena musim orang kawen. Alhamdulillah sangat puas hati dan selesai jugak semua. so dinasihatkan bakal-bakal pengantin sila la buat preparation awal- awal.
majlis nikah sama sehari dengan kenduri. selesai akad berlari-lari tukar baju. Make up semua. dan dengan tiba-tiba TNB buat lawak. boleh plak black out time-time tu. padahal bukan musim election pon. nasib baek sat saja. Alhamdulillah selesai semua. benda paling aku runsing kalo makanan tak cukup. Alhamdulillah lagi. cukup semua.. Plan awalnya yang konon-konon nak panggil 5 6 ratus orang ja, abah aku kata 5 6 ratus tu adik beradik kita saja cek oi. gulppp.. end up dekat 2000 orang. sebab tu la aku takut sangat kalau ada yang tak dapat makan. penat orang mai jauh-jauh. Dari pagi sampai ke malam tak surut-surut. Apa nak buat ayahanda nak masak sendiri untuk kenduri anak dia. Redha la. Terima kasih yang tak terhingga kepada adik beradik saudara mara kaum kerabat yang sampai tak tidoq dok prepare mamcam-macam.
selesai akad. bila tengok make up ni rasa macam nak celup muka dalam kolah orang ambik wuduk. haih. ada ka patut orang nak nikah dia boleh p make up serupa aku nak buat opera cina.
Terima kasih banyak kepada pengapit pengantin pompuan si bidan terjun yang aku tarik tiba-tiba sebab pengapit aku hilang pi cedok lauk.
majlis bertandang @ Kelantan 14072012



2 comments:
mana gamba kami.. tadak pon
Shuwa: saba babe..ni liputan separuh..liputan penuh xde lg..haha
Post a Comment