Lama sangat rasanya tak menulis. Tuntutan kerja & tanggungjawab kepada keluarga. Klise alasan pon. Tapi kadang-kadang rindu nak menulis. Tak dapat banyak, sikit pon jadi lah. Aku bukan blogger tegar pon.
Lately rasanya banyak isu-isu semasa yang sedikit sebanyak boleh bukakkan mata kita.. Sudden death arwah abam and ashraf sinclair (al fatihah dibaca).. Untuk orang lain aku tak tau. Tapi untuk aku sikit sebanyak memang terkesan. Bring back memories. Memories bring back you.. Gittewwww.. Sebab arwah mak pon lebih kurang macam tu la jugak kisahnya. Cuma dia bukan pergi dalam tidur. Tapi start dengan demam, then lung infection, organ failure then habis nafas. Semua ni hapened in only 2 days. Jumaat pagi bawak ke hospital (red zone). Jumaat malam ke icu. Ahad 8.05 pagi dia hembuskan nafas terakhir dengan kami semua adik bradik (except edi, balik rumah mandi, salin baju), menantu, abah dan tok (emak kepada mak) ada di sisi arwah. On one side, memang aku terkilan sebab tak sempat bercakap dengan arwah masa saat- saat akhir mak. Masa aku sampai penang jumaat tengah malam, dia dah tak sedarkan diri di wad icu. Tapi on another side, aku bersyukur, mak tak perlu suffer lama untuk tanggung sakit. Cepat Allah ambik dia. Few months jugak aku jadi kurang rasional. First month after she left, memang hari-hari aku nanges. Rasa lost. Rasa entah lah. Gelap dunia. Aku cuma doa mohon aku kuat untuk adik-adik & abah.
Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Memang bukan senang. Sampai sekarang pun, kadang-kadang kalau aku rindu sangat, memang basah mata. Rindu tapi tak boleh nak bercakap dengan orang yg kita rindu tu.
Pasal corona.virus ni pulak, makin hari kes makin bertambah. This past few weeks, aku banyak guna public transport untuk ulang alik rumah-ofis. Peak hour pagi/petang time orang pergi/balik kerja tu boleh imagine la macam mana situation sardinnya dalam tren tu. Nak tak nak memang kena hadap. Sentiasa jaga kebersihan and jangan lah jadi selfish. Kalau rasa tak sihat, tolong lah pakai mask or better elakkan crowds untuk prevent infection to orang lain. Cover mulut bila bersin/batuk etc.
Untuk newly formed cabinet, selamat maju jaya. Jalankan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Nothing much to comment. Sebab i am not into politic pon. Doa yang baik-baik je la untuk kesejahteraan semua orang. Nak bergaduh tak puas hati sana sini pon buat apa. Tak boleh bawak masuk kubur pun.
Ok. Till.next time..



0 comments:
Post a Comment