Whatsapp Groups


Aku ada few whatsapp group yang rasanya each of them discuss different things.

 1)      XOXO – geng sekolah menengah. Dalam 9  to 10 orang je kot rasanya. Group members consist of mak orang, bini orang, single ladies, mom-to-be. So discussed topics usually random. Based on situation. Kadang-kadang bincang pasal hadiah kawen, tempat nak lepak untuk gathering, port nak makan-makan, life masing-masing, share resepi menu masakan, share tips nak handle anak meraagam perut kembong, update terkini dalam labor room dan macam- macam la. Dah kawan almost 16 tahun. Most of the members dalam group ni adalah roommate aku masa Langkawi dulu. So perangai masing-masing dah dalam poket. Kalau sekali berjumpa memang rasa tak cukup jam nak bercakap itu ini. Time zone pon lain, ada yang dekat UK, Qatar, Malaysia etc.
 
2)      BIMBOnotallowed – yang ni geng masa degree. Kepala masuk air semua. Masing-masing lead different life. Group members pon macam-macam. Ada mak orang, bini orang, student, orang minyak dan pelancong. Discussed topics pon random. Pasal akasia, novel pon boleh jadi berjela-jela nak baca. Biasanya kitorang share daily routine dalam group ni. Kadang-kadang ada jugak gathering kecik-kecik. Group ni pon most of them adalah roommate aku masa degree dulu. Tiap hari ada ja topic nak share. Kadang- kadang meriah, kadang sunyi sepi. Kalau sunyi sepi tu busy la tuh dengan anak, dengan rumahtangga, dengan study, dengan kerja, dengan family.

3)      SuperMummies – yang ni bukan group mumia. Group members ni semua colleague masa company lama aku dulu kat Kelantan. Semua department lain-lain and pada mulanya memang tak berapa rapat pon. Pernah bercakap. Sembang gitu-gitu ja. Then create group, jadi kamceng. Every Friday memang kami buat gathering sendiri kat kantin sebab rehat agak lama. Semua ni mak orang except aku. Mostly topics yang ada dalam tu pasal anak-anak la. Macam-macam tips aku belajar. Haha. Ilmu free. Pasal kerja, pasal business. Pasal tak puas hati dengan boss. Even aku dah resign pon dorang ni semua masih aktif. Share resepi bento pagi-pagi.

4)      Puak Kg. Teras – yang ni group family belah husband. Memang tak ada specific topic. Kebanyakan chained message dalam ni. And reminders untuk sama-sama beringat. Group members consist dari pelbagai lapisan umur. Dari yang senior sampai la yang masih bersekolah.


5)      Family tok mail – yang ni belah family aku. Sama jugak group members consist dari pelbagai lapisan umur. Dari yang senior sampai la yang muda-muda. Biasanya update tarikh nak buat kenduri, inform kematian sedara-sedara terdekat, update banjir, update result exam. Mujur lah zaman aku exams da abes. So budak-budak ni yang masih sekolah, nasib lah.
 
6)      WJ Tups Team – yang ni memang totally group business. Tupperware. Entah macam mana aku terjebak. Tapi aku pasif dealer. Haha. Selalunya kalau ada offer ke special item of the month memang laju aku dapat tau. Sebenarnya join untuk beli kegunaan sendiri. Untuk berbisnes tu part time ja pon. Kalau rajin lebih sikit and banyak masa, aku jual la.


7)      BCS 05/08 – yang ni group satu batch masa degree dulu. Yang ni memnag consist of macam-macam la. Discussed topic pon tak berapa random. Usually, pasal carrier opportunities yang banyaknya. Jemputan kahwin, akikah/birthday anak. Yang ni pon aku pasif member. Kadang-kadang share pasal berita terkini. Tu je la pon.


So, tak kisah lah apa yang dibincangkan, as long kita tau matlamat penubuhan group. jangan la dalam group kerja tiba-tiba bincang gossip artis.

 

0 comments: